Wednesday, 30 April 2014

SEJARAH SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI

yehaaaaaa,,,esk cuti..hehee...mesti best kan,,huhu...ok la sempena cuti hari esk,,admin nak kongsikan sejarah mengenai hari buruh nie,,hehe...sblm trlupa,,slamat hari buruh kepada smua member2 BBRC,,dadaaaa~


Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.

Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa.

sumber : sejarah2u.blogspot

Tuesday, 29 April 2014

Santai bersama Street Drag Bike Party Thailand.



Lama rasanya tak buat entri,,,maklumlah sibuk dengan kerja baru...hehe,,sowe3x to all my friend..k..tapi hari bukan nak ceritakan mgenai entri panjang2 cuma nak kongsikan lagi 1 video untuk tatapan semua,,Thailand mariiiiiiii....jom layanzzzz~

Tuesday, 15 April 2014

Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed



Assalamualaikum dan selamat malam kepada para rider2 skalian,,malam nie admin nak kongsikan satu maklumat menarik yang tiada kaitan dengan dunia permotoran iaitu berkenaan Facebook, mesti para follower2 sekalian mempunyai akaun Facebook kan,,heee...

Ok,,jom baca artikel ni,,lepas ni korang semua kena berhati2 coi,,,

KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

"Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.

"Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda," katanya.

Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.

Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.

Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.

SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang
http://heartbleed.com. - Bernama

Sumber:  http://www.sinarharian.com.my/semasa/pengguna-facebook-waspada-pepijat-heartbleed-1.270895

Saturday, 15 March 2014

PRY4MH370


15 Mac 2014 - Hari ini sudah masuk hari kelapan pesawat MH370 dilaporkan hilang namun masih tiada perkembangan berita yang diterima mengenai kapal tersebut.
 
Marilah kita sama-sama berdoa agar apa pun jua keputusan yang bakal kita terima kelak yang terbaik dan semoga semua pihak yang terbabit dengan insiden ini reda dengan ketentuan-Nya.

Friday, 7 March 2014

Suzuki Belang R150 turbo and Yamaha LC135 Turbo Mount Jerai Fun Ride



Salam kepetangan Jumaat kepada Riderz2 sekalian tidak kira dari pelusuk mana,kita di atas satu nama iaitu Riders..Dikepetangan ini admin nak kongsikan satu video yang cukup menarik, jom check it out,,layaaanzzzzzz~

sumber:  http://www.youtube.com/watch?v=ERVEjNi-xWg

Friday, 28 February 2014

Sukatan yang Ideal Minyak Enjin 4t Untuk Suzuki Belang R 150




Salam pagi sabtu yang indah kepada all Belangrian2 skalian.....

Minyak enjin ataupun lebih dikenali sebagai minyak 4t memainkan peranan yang amat penting bagi sesebuah enjin motosikal khususnya bagi motorsikal berkuasa tinggi seperti Belang 150. Masih kurang perbincangan mengenai sukatan ataupun ukuran yang ideal bagi motorsikal Belang 150 ini. namun pada entri kali ni, penulis akan berkongsi sedikit ilmu berkaitan sukatan yang diperoleh daripada beberapa sumber yang boleh di percayai.

Mengikut daripada buku panduan motorsikal Belang 150, pihak pengilang menyarankan agar pengisian yang dilakukan sekurang-kurangnya lebih daripada 1 liter minyak enjin setiap kali penukaran minyak enjin pada 1000km. Namun, apabila penapisan minyak dilakukan (oil filter), penambahan 20ml harus di tambah agar kuantiti minyak di dalam enjin lebih mencukupi dan lebih stabil.

Mengikut kajian yang penulis telah lakukan iaitu dengan melihat beberapa pandangan bloger-bloger yang terdahulu menulis entri mengenai sukatan ini lebih menyarankan untuk mengisi minyak sehingga tanda merah dalam gambar dibawah diatas sekali cermin paras minyak enjin. Dengan sukatan sebegini, paras minyak enjin adalah lebih baik untuk perjalanan yang jauh walaupun penguwapan minyak enjin panas berlaku semasa perjalanan.

Namun begitu, jangan risau dengan jumlah sukatan yang lebih sedikit dari kebiasaanya seperti ukuran di atas tidak akan menyebabkan prestasi enjin anda akan berkurang malahan dengan menggunakan sukatan seperti diatas, enjin motorsikal anda akan lebih tahan untuk jangka panjang.





Sumber: http://duniamotorsikal.blogspot.com

Tuesday, 4 February 2014

Adista - Ditinggal Lagi ~


Salam kepetangan Belangrian2 sekalian,,petang ni rasa malas2 nak tulis entri,,jom kita chill layan video pulak,,,yeahhhhhh!!! em,,lagu video di atas agak best dimana di nyanyikan oleh Band Adista dari negara seberang,,yang bertajuk "Di tinggal lagi"...lagu ini sudah lama cuma penulis baru berkesempatan untuk memuat naik kerana baru jumpa lagu nie,,hehe...Video di atas bukan video official lagu tersebut tapi ada kena mengena juga la dengan cerita lagu tersebut..bagi sesiapa yang patah hati ka,,kecewa ka mau tangkap lentok atau tangkap leleh,,layan lagu ni,,,layannnnnzzz~

sumber : http://www.youtube.com/watch?v=1Dfcd7TQSF0

Sunday, 2 February 2014

Haaaa....Cuba teka siapa tu..??..tidak lain tidak bukan saudara Kokorono and the geng,,Pic telah diambil melalui fb rakan kita iaitu saudara Wan untuk tatapan bersama. cuba kamu org teka,,ni msti kes lpas gian pi lyan lep ni..hehe...mcm best jak2x..rugi plak rasanya tidak join. Xpa,,next time kita grakan ramai2 sodara Wan,,,Oya,kamu perasan ka pic ni,,yang uniknya,,dua jenis moto yang berbeza tapi bersatu,,ni sikap yang terpuji ni,,wlaupn berbeza dari segi cita rasa namun jiwa rider dalam diri kita sama,,respect,,semangat yang seperti ini yang kita mahukan,,keep it up guys.peace~

Saturday, 1 February 2014

CNY trip to Nabawan

Nie dia dua orang lama BBRC iaitu Zam Belang Papar dan Dudez chill out time CNY,,punya best kamu pren,,chill out habis dengan snyuman manis,,hehe,,,rugi la x pergi xpecialy buat Wan aka Kokorono sbb melepas konvoi pembukaan 2014,,sbar geng,,ada masa lagi kta buat gerakan ramai2,,,,hehe

Wednesday, 29 January 2014

MOTOSIKAL

Motosikal

Motosikal adalah sejenis kenderaan berodua dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.
Motosikal bergerak berasaskan hukum giroskopik sebagaimana basikal. Melalui hukum ini, motosikal hanya akan tegak apabila bergerak. Ketika di selekoh, daya emparan yang terhasil akan menjejaskan kestabilan motosikal, oleh itu penunggang perlu menunggang condong sedikit mengikut arah selekoh bagi mengimbangi daya emparan tersebut.
Selain kestabilan, kelemahan utama motosikal ialah tiada perlindungan terhadap cuaca buruk serta penunggang motosikal amat mudah terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Sungguhpun demikian, motosikal adalah satu bentuk pengangkutan yang tetap diminati oleh sebahagian pengguna jalan raya kerana menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki serta penunggang boleh mencelah ketika jalan raya sesak.

Jenis motosikal

Motosikal pada lazimnya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

Motosikal Yamaha YZF-R1.

Motosikal Honda Gold Wing.

Motosikal Harley-Davidson Electra Gilde.
Belang R 150
  • Motosikal sport - Motosikal sport lazimnya menggunakan enjin DOHC berkuasa tinggi antara serendah 50 cc 2 lejang hingga sebesar lebih 1400 cc 4 lejang. Kerangkanya direka dengan kukuh dan tegar agar dapat menampung kuasa enjin serta kelajuan yang tinggi, dan lazimnya kerangka superbike adalah dari jenis aluminium spar berkembar. Tempat duduk serta bar pemegang motosikal superbike dibuat rendah untuk merendahkan tapak graviti agar motosikal menjadi stabil pada kelajuan tinggi. Motosikal sport secara lazimnya mampu mencapai kelajuan tinggi, oleh itu motosikal sport sering digunakan di dalam perlumbaan. Motosikal sport lazimnya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti hyper sport (1100 - 1400 cc), superbike (800 - 1100 cc), super sport (600 - 800 cc) dan motosikal sport kecil (50 - 400 cc).
  • Sports touring - Motosikal jenis sports touring mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan motosikal superbike, tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penunggang semasa perjalanan jauh. Tempat duduk serta bar pemegang ditinggikan untuk memberi keselesaan. Enjin juga ditala agar lebih menjimatkan bahan api.
  • Cruiser - Motosikal cruiser direka untuk perjalanan jauh. Biasanya enjin bagi sebuah motosikal cruiser mempunyai putaran enjin yang rendah, oleh itu enjin cruiser mempunyai kilasan yang tinggi tetapi kuasa kuda yang tidak begitu tinggi, oleh itu motosikal cruiser menjimatkan bahan api.
  • American cruiser / Chopper - Motosikal chopper adalah sejenis motosikal cruiser yang paling digemari di Amerika Syarikat. Motosikal chopper mempunyai bar pemegang yang tinggi, tempat duduk rendah, roda belakang yang jauh lebih besar daripada roda hadapan, pemijak kaki hadapan yang terletak jauh di bahagian hadapan serta digerakkan oleh enjin V berkembar sejukan udara. Secara amnya, motosikal chopper adalah berasaskan rekabentuk model-model motosikal Harley-Davidson.
  • Naked - Motosikal naked mendapat gelaran sedemikian kerana motosikal jenis sebegini menampakkan enjinnya serta tidak mempunyai fairing. Sifat enjinnya serta pengendaliannya adalah sama dengan motosikal sports touring.
  • Motocross / off-road - Motosikal jenis motocross direka untuk digunakan di luar jalan raya iaitu di jalan tanah merah yang tidak rata. Motosikal motocross mempunyai tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar serta sistem suspensinya adalah keras dan mempunyai gerakan yang besar untuk menyerap daya hentakan di jalan tanah merah yang tentunya lebih kuat berbanding di jalan raya. Tayar motosikal motocross juga mempunyai bunga yang banyak bagi mengukuhkan cengkaman di jalan tanah merah.
  • Dual-purpose - Motosikal dwikegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi dipadankan agar selesa digunakan di atas jalan raya biasa.
  • Skuter - Motosikal skuter lazimnya ditenagai enjin kecil antara 50 cc hingga 150 cc, tetapi terdapat model-model skuter besar dengan kapasiti antara 250 cc hingga 900 cc. Motosikal skuter amat popular di Eropah kerana menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan. Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan lazimnya terdiri daripada enjin 1 silinder untuk meninggikan kilasan. Model-model skuter terawal menggunakan transmisi manual, tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT. Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk, tetapi tangki minyak skuter besar pula terletak di bahagian hadapan. Skuter moden pada hari ini mempunyai ruang simpanan barang di bawah tempat duduk. Motosikal skuter direka berasaskan model skuter Piaggio Vespa.
  • Kapcai - Motosikal kapcai adalah model motosikal kecil yang amat popular di Asia berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah. Motosikal kapcai juga terdapat di Eropah, tetapi ia juga dipanggil skuter di sana. Motosikal kapcai digerakkan oleh enjin kecil antara 50 cc hingga 125 cc, oleh itu motosikal skuter amat menjimatkan bahan api dengan kadar penggunaan petrol serendah antara 38 km/L hingga lebih 50 km/L. Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual tetapi menggunakan klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan klac manual. Seperti skuter, tangki minyak motosikal kapcai terletak di bawah tempat duduk. Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub.tetapi tahap keselamatan motosikal kapcai adalah rendah berbanding motosikal yang lebih besar.
Motosikal juga boleh dipasang dengan tempat duduk sisi (sidecar), malah ada gerai bergerak yang dipasang bersama-sama motosikal bagi membolehkannya diangkut ke mana sahaja.

Enjin

Semua motosikal menggunakan enjin petrol sama ada 4 lejang atau 2 lejang dengan kapasiti antara 50 cc hingga melebihi 1000 cc. Motosikal kecil seperti skuter dan kapcai menggunakan karburetor bagi mencampurkan petrol dan udara, tetapi kebanyakan motosikal yang lebih besar pula menggunakan sistem suntikan bahan api. Kawalan terhadap kelajuan enjin motosikal dilakukan dengan memulas genggam pendikit. Motosikal terdahulu menggunakan sistem magneto dengan poin sesentuh, tetapi semua model motosikal yang dikeluarkan sekarang menggunakan sistem penyalaan elektronik.
Dahulunya, semua jenis motosikal menggunakan penghidup tendang bagi menghidupkan enjin tetapi motosikal yang lebih besar mula menggunakan penghidup elektrik sejak pertengahan 1970an. Kini, penghidup tendang hanya digunakan pada motosikal yang lebih kecil sahaja.

Transmisi

Sistem transmisi bagi motosikal disepadukan dengan enjin. Tidak seperti kenderaan lain di mana enjin dan transmisi adalah 2 unit yang berasingan, sistem transmisi bagi motosikal terletak di kotak engkol enjin. Kebanyakan motosikal menggunakan transmisi manual berjujukan, di mana penunggang perlu menggerakkan tuas penukar gear ke atas atau ke bawah menggunakan kaki kiri. Skuter pula menggunakan sistem transmisi automatik CVT (transmisi boleh ubah berterusan) yang menggunakan tali sawat tanpa perlu terkial-kial menukar gear. Motosikal kapcai pula menggunakan klac emparan automatik bagi membolehkan penunggang menukar gear dengan mudah tanpa perlu menghadapi masalah enjin hampir mati akibat masalah kurang cekap menggunakan klac.
Kebanyakan motosikal menggunakan rantai bagi memindahkan kuasa dari sistem transmisi ke roda belakang, tetapi terdapat beberapa jenis motosikal yang menggunakan tali sawat atau aci pacu bagi pemindahan kuasa.

Brek

Kebanyakan motosikal model terkini menggunakan brek cakera pada motosikal mereka untuk memperoleh kuasa membrek yang cukup kuat. Lazimnya, cakera brek hadapan adalah lebih besar, dan motosikal superbike menggunakan brek cakera berkembar bertujuan untuk kuasa membrek yang lebih kuat di bahagian hadapan kerana sebahagian besar daya yang terhasil daripada pecutan serta berat motosikal lebih tertumpu di bahagian hadapan.
Motosikal kapcai dan skuter pula menggunakan brek gelendong pada roda belakang dan brek cakera pada roda hadapan, tetapi sesetengah model kapcai menggunakan brek gelendong sepenuhnya bagi menjimatkan kos pengeluaran.

Teknologi motosikal

  • Klac automatik emparan - Klac yang akan beroperasi secara automatik hasil daripada daya emparan yang dihasilkan oleh enjin. Sekiranya kelajuan enjin melebihi kelajuan melahu, daya emparan yang terhasil akan meningkat, menyebabkan pemberat emparan mencangkuk pada gigi klac emparan dan kuasa dapat dipindahkan ke sistem transmisi. Teknologi ini digunakan pada motosikal kapcai dan skuter.
  • Transmisi manual berjujukan - Sistem transmisi sebegini membolehkan penunggang menukar gear dengan menggerakkan tuas gear ke atas atau ke bawah tanpa masalah tersalah gear serta menjimatkan ruang.
  • Transmisi automatik CVT - Sistem transmisi yang menggunakan tali sawat, takal boleh laras serta beberapa biji pengguling pemberat. Pada kelajuan rendah, kurang daya emparan terhasil, maka takal pertama mempunyai diameter yang kecil dan memberikan nisbah gear rendah. Apabila kelajuan enjin meningkat, daya emparan pada pengguling pemberat meningkat, menyebabkanpengguling pemberat tertolak keluar dan menolak plat takal pertama, menyebabkan diameter takal pertama menjadi besar, memberikan nisbah gear tinggi.
  • Enjin Genesis - Merupakan enjin yang direkabentuk oleh Yamaha bagi membolehkan tapak roda bagi motosikal berkuasa tinggi keluarannya direndahkan agar pengendalian menjadi lebih baik. Dalam enjin Genesis, aci engkol serta aci kekotak gear disusun membentuk segitiga menjadikan enjin lebih padat, berbeza dengan kebanyakan pengeluar motosikal yang menggunakan susunan tradisional berbentuk lurus.
  • Injap kuasa 2 lejang - Injap kuasa berfungsi mengubah saiz rongga ekzos bagi enjin 2 lejang bagi membolehkan kuasa ditingkatkan pada kelajuan enjin tinggi serta meningkatkan kilasan serta mengurangkan penggunaan minyak pada kelajuan rendah.
  • Pam autolube - Pam autolube membolehkan minyak pelincir 2 lejang dicampurkan bersama petrol dengan tepat. Sebelum pam autolube dicipta, pengguna motosikal 2 lejang perlu mencampurkan sendiri minyak pelincir 2 lejang di dalam tangki minyak, menyebabkan campuran pelincir yang kurang tepat. Akibatnya, enjin menjadi kejang jika kekurangan pelincir serta enjin menghasilkan asap tebal berlebihan serta mengotorkan palam pencucuh jika berlebihan pelincir.

Masalah pengendalian motosikal

Salah satu punca utama kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal adalah berpunca daripada masalah kestabilan. Masalah kestabilan ketika mengambil selekoh boleh dikurangkan dengan mengurangkan sedikit kelajuan sebelum mengambil selekoh serta mengamalkan cara betul mengambil selekoh iaitu dengan menunggang dengan condong sedikit ketika mengambil selekoh.
Masalah tayar juga boleh menjejaskan kestabilan motosikal. Masalah tayar yang pancit tanpa disedari adalah amat berbahaya dan boleh mengakibatkan motosikal hilang kestabilan serta mengakibatkan kemalangan. Oleh itu, adalah amat penting untuk memeriksa keadaan tayar sebelum menunggang motosikal.
Masalah-masalah pengendalian yang lebih serius adalah berpunca daripada galas roda yang sudah rosak, penjajaran roda yang tidak betul, sistem suspensi yang tidak seimbang, kegagalan sistem brek serta sistem kerangka yang sudah bengkok. Oleh itu, adalah amat penting bagi penunggang untuk memastikan motosikal berada dalan keadaan yang paling sempurna sebelum menggunakannya.

Perlumbaan motosikal

Sejak motosikal mula dicipta, pelbagai jenis perlumbaan yang diadakan bagi menguji kelajuan serta kuasa motosikal yang dipertaruhkan di samping kecekapan penunggang dalam mengendalikan motosikal masing-masing. Acara perlumbaan yang dijalankan adalah sama ada perlumbaan motocross yang diadakan di litar jalan tanah merah ataupun perlumbaan yang dijalankan di atas litar berturap.
Kejohanan Grand Prix Motosikal, atau MotoGP adalah siri perlumbaan motosikal yang paling penting seperti mana Formula Satu bagi perlumbaan kereta. MotoGP diadakan dalam 3 kategori iaitu MotoGP, 250 cc dan 125 cc. Satu lagi siri perlumbaan motosikal yang tidak kurang hebatnya ialah perlumbaan Superbike yang mempertaruhkan model-model superbike 1000 cc dan 600 cc.
Di Malaysia, kejohanan Malaysian Cub Prix diadakan bagi mencungkil bakat pelumba-pelumba negara di samping menyediakan satu saluran yang betul bagi golongan muda menyertai sukan bermotor untuk mengelakkan mereka melibatkan diri dalam perlumbaan haram. Perlumbaan Cub Prix terdiri daripada kategori Novice, Expert dan Wira yang menggunakan model-model motosikal kapcai.

Sejarah


Replika motosikal Daimler-Maybach Reitwagen.
Sejarah motosikal bermula apabila manusia cuba untuk memasang enjin pada basikal. Berikutan dengan itulah terhasilnya motosikal pertama di dunia yang digerakkan oleh enjin wap, diikuti dengan motosikal yang menggunakan enjin petrol pada akhir kurun ke-19. Sejak daripada itulah rekaan motosikal terus berevolusi mengikut zaman sehinggalah kepada model-model motosikal terkini yang dapat kita lihat pada hari ini.
Motosikal berkuasa petrol terawal dicipta oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach pada tahun 1885. Hanya pada tahun 1894 motosikal mula dijual kepada orang ramai dan model pertama yang dijual adalah Hildebrand & Wolfmüller buatan Jerman.
Sejarah awal motosikal bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat, namun pada hari ini industri motosikal sebahagian besarnya dikuasai oleh pengeluar-pengeluar dari Jepun sepertiHonda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan motosikal sendiri melalui penubuhan Modenas pada tahun 1995.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Motosikal